Sampingan Sementara

Thursday, October 28, 2010

Istiadat "Menghantar Kepala Mayat"

sekian lama..terpisah..haha..ngan sape aku berpisah??
ade aku kesah? kihkih :D

heh! lame gile tak hapdet menatang belog nih..bosan2 study (tak start lagi pon), menaip ler sikit..haha..

aku rase pernah janji untuk cite pasal adat pepatih..so kali ni cite pasal tu la..sikit2 jer..
sumber terhad sebab malas buat research..haha!
ni pon cite dari bapak aku..

>>Pepatih Section:

kalau ikut nama, memang gerun. tapi itu hanyalah sekadar istilah, sekadar nama.

Istiadat Menghantar Kepala Mayat ni akan dilakukan oleh Datuk Penghulu Pesaka bila ada diantara pembesarnya yang meninggal dunia.

erk??pesal aku taip skema sgt? haha!!

Istiadat ni dilakukan dengan cara:-
Datuk Penghulu Pesaka akan menziarahi Undang Luak untuk bagitau yang pembesarnya dah meninggal dunia dan memulangkan barang istiadat (contoh: keris pembesar)

heheh..itu jer setakat nih..aku tau istiadat ni pon, sbb bapak aku sebut mase borak ngan beliau..huu..memula aku cam da terkedu dah dengar..hantar kepala mayat kot..pastu tanye ler.."ayah pegi hantar kepala betol2 ke?"
kata incik ayah "haha! tu nama istiadat jer lah!"

hal ini kerana, (haha..skema!) Datuk Perdana Luak Gemencheh dah meninggal dunia, so sbb tu istiadat tu diadakan.
Bile dah buat istiadat tu, baru boleh buat "kerapatan" untuk ganti "pembesar" yang baru..

huhu..dah xde idea nak taip ape da..cam pendek jer entri nih..

*p/s: aku suku Biduanda Perdana!