Sampingan Sementara

Tuesday, November 30, 2010

Chrome vs Firefox

huh..sudah lama diperdebatkan, hari ni baru la aku rasas tergerak nak taip pasal bende nih..

secara jujurnya, aku lebih suka dengan google chrome, jika dibandingkan dengan mozilla firefox.

alasan-alasannya adalah :

1. automatic search engine by google :
haha..layan blog obe!

  • macam gambar kt atas nih, aku baru je taip "blo", kan die search sendiri tu..haha
  • kat firefox skrg pun dah ade..tapi mase mula2 aku pakai chrome dulu, fire xde lg mende nih!
2. Download management yg teratur dan mesra pengguna (bagi aku la)
sebok je muke pakcik tuh :)
  • elok je kotak download tu kat bawah, kalau kat mozilla, nak kene install add-on yg best2 baru dapat manager yg best..
  • tapi kalau pandai cari firefox punye add-on, dah mcm download guna accelerator da..huhuh..
3. keluasan page :
hehe:) muke pakcik tu tinggal separuh jer..
  • macam yang semua sedia maklum, chrome mmg lebih luas dr firefox.
4. mozilla firefox lebih kerap crash berbanding chrome!

hehe..anyway, pilihan di tangan anda, kalau yg lebih suka pakai firefox, mesti pelabagai add-on yang best2 korg dah jumpe kan? aku sejak dah pakai chrome nih, melekat pulak rasenye..so, masing2 tetap ade kelebihan dan kekurangna memasingkan?

anyway..chrome gak yg best. haha!

Saturday, November 13, 2010

Dato' Perdana dan Buapak Mengadap

hah..berjumpa lagi kita di dalam rancangannn......Adat Perpatih bersama Abg Pisau..haha..


terus ke titik (straight to the point), hari ni, 13 Nov 2010, satu upacara mengadap telah diadakan di Rumah Dato' Penghulu Pesaka Luak Gemencheh, a.k.a bapak aku..(ehehe)..

pihak yg datang mengadap plak, Dato' Perdana bersama Buapak..

macam bese, majlis start dgn tunggu hadirin dan tetamu sampai la kan..hehe..okeh..

beliau adelah Dato' Perdana yg nak ngadap..(gua nak snap mase duduk, die bley bangun plak..kaco tol..hihi)

baju maroon tu Dato' Buapak

tuan imam, ngan dato'2 lembaga yg lain..+ kameraman merangkap adek gua
 lepas ketibaan, jemput masuk..dah masuk..start ler majlis-nye~

jap..sblm majlis start, dato'2 yg nak ngadap ni ade bawak "hantaran"..

ni ler "hantaran" mereka..hehe :D
kronologi/ tentatif majlis:

 1. Dato' Buapak menyampaikan hajat kepada Dato' Muda, untuk dipersembahkan kepada Dato' Penghulu (Dato' Muda ranking bawah setakuk daripada Dato' Penghulu)

baju oren cerah, Dato' Muda..yg berpasangan tu, Dato' Penghulu..dan yg berbaju batik merah tu ler gua..hehe:D


2. Dato' Muda sampaikan pulak kepada Dato' Penghulu.
derghh..kantoi bapak gua botak..hehe :)

3. Dato' Perdana plak buat step 1. dan 2. (step eh, da macam bg cara-cara memasak plak~), kali ni, ade "gimik" serah keris dan tanjak
pakaikan tanjak

serah keris, padahal tanjak ngan keris tu bapak aku punye..hehe simbolik jer :)

4. Dato' Perdana ngan Buapak ikrar dan angkat sumpah
angkat tgn camtu tu tgh angkat sumpah la tuh.

5. Ucapan Dato' Penghulu Pesaka Luak Gemencheh
Sopan jek gua kt blakang..ahah!
6. tutup majlis dgn Doa dan jamuan..








huu..selesai la sudah majlis bile sume org dah kenyang...

sblm gua kasi habis ini entry, bak dtg gua tunjuk apekebende "hantaran" tadi..bukan bunga telur kosong beb..bunge telo berisi!!
nampak tak tuh~

bak dtg ah..ayam panggang beb!!

bunge telor-nye~

huhu..anyway..fun gak beb..penat pon ade..huhu..amse gua hapdet belog nih, tak siap kemas lg nih..haha!

adios, jmpe lagi di laman sesawang ni yek :)

kejadah hape gua amek gambo cenggini??

Short Messaging System (SMS)

sebenarnye ni short post jek..haha..saje nak bgtau..later on i'll updating post about "mengadap Dato' Perdana" ceremony..hehe

see ya!!

Wednesday, November 10, 2010

ATI Radeon HD 4670 crashed

beliau adalah watak utama berita ini!

aku sgt sakit hati dgn kejadian terbaru nih..huhu..sedih pon ade gak..
tapi biasalah..bukan semua benda boleh tahan lama.
pakai lame2 rosak ler die..haha :)
bak kate mak aku "kok tak nak ghusak, simpan dalam bokeh kaco!!"

sape tak paham, nasib ler :)

memula, aku ingat monitor yg problem, bile on pc, sume bende jalan dgn baik jer bunyik die..siap de bunyi windows start ler..tapi, monitor tak de pape efek. apekah??
aku pon ngan konpiden, huh! monitor rosak nih..(dah ler monitor org..hihi..sorry mus!)..lame gak aku fikir..mane nak rembat monitor terpakai..last2, came up satu idea..GIE!! die mesti ade monitor pc lama..
aku msg, tanye..so, die cakap ade..amek ler kat umah, katanya..
dapat ler sebijik..monitor CRT..bapak berat wa cakap lu!!
aku hangkut dr rumah gie, tingkat 3..bawak kerumah aku plak..panjat tingkat 5..hoh!!(rumah aku ngan rumah gie bukan satu bangunan)
cam haram penat!

last2..bile da setting kt monitor tuh, xde efek jugak..baru ler terpikir nak usha gerapik kad. kejadah hape la aku tak terpikir awal2, sblm pinjam monitor gie..wat penat badan jek!!  Shelake!!

haha..akhirnya, mmg sah ATI Radeon HD 4670 aku dah crash..tu pon aku tak sure, mmg total lost, atau VGA port jer problem..xde tempat nak test..haa..ATI aku tuh ade VGA, HDMI ngan DVI..hehe :)

hasilnya sekarang nih..aku terpaksa ber-pc graphic card-less..siyes! cam shelake gile kambeng!
dah takleh main segala game aku..

berikut adalah bukti ke-shelake-an tanpa graphic card!! :-

ni ler windows rating yg menyakitkan dan menyedihkan.

Thursday, October 28, 2010

Istiadat "Menghantar Kepala Mayat"

sekian lama..terpisah..haha..ngan sape aku berpisah??
ade aku kesah? kihkih :D

heh! lame gile tak hapdet menatang belog nih..bosan2 study (tak start lagi pon), menaip ler sikit..haha..

aku rase pernah janji untuk cite pasal adat pepatih..so kali ni cite pasal tu la..sikit2 jer..
sumber terhad sebab malas buat research..haha!
ni pon cite dari bapak aku..

>>Pepatih Section:

kalau ikut nama, memang gerun. tapi itu hanyalah sekadar istilah, sekadar nama.

Istiadat Menghantar Kepala Mayat ni akan dilakukan oleh Datuk Penghulu Pesaka bila ada diantara pembesarnya yang meninggal dunia.

erk??pesal aku taip skema sgt? haha!!

Istiadat ni dilakukan dengan cara:-
Datuk Penghulu Pesaka akan menziarahi Undang Luak untuk bagitau yang pembesarnya dah meninggal dunia dan memulangkan barang istiadat (contoh: keris pembesar)

heheh..itu jer setakat nih..aku tau istiadat ni pon, sbb bapak aku sebut mase borak ngan beliau..huu..memula aku cam da terkedu dah dengar..hantar kepala mayat kot..pastu tanye ler.."ayah pegi hantar kepala betol2 ke?"
kata incik ayah "haha! tu nama istiadat jer lah!"

hal ini kerana, (haha..skema!) Datuk Perdana Luak Gemencheh dah meninggal dunia, so sbb tu istiadat tu diadakan.
Bile dah buat istiadat tu, baru boleh buat "kerapatan" untuk ganti "pembesar" yang baru..

huhu..dah xde idea nak taip ape da..cam pendek jer entri nih..

*p/s: aku suku Biduanda Perdana!

Thursday, September 2, 2010

aku tetap YNWA!!


When you walk through a storm
hold your head up high
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky

And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.

Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never, ever walk alone.
Walk on, walk on with hope in your heart

And you'll never walk alone,
You'll never, ever walk alone

lirik bukan sekadar lirik..lirik yang selalu terngiang tatkala diri ku dibahan baik mase menang, mahupun mase kalah..

hehe..aku rase n kompem..ramai pembaca yang tak suke malah benci ngan livepul..btol tak?
sebab kata mereka, liverpool hanya kuat dengan sejarah
kata mereka, liverpool ni dulu-dulu jer kuat,
kata mereka, "loserfool"
kata mereka, 1 man-team~

tapi aku pedulik hape..janji YNWA!!

kuat dengan sejarah pon tetap dah merase 18 gelaran liga + 5 UEFA Champion League.
(Manshitter Utd baru nak merase 18, Chelshit??5 pon tak sampai..bnyk bunyik!!..eh, Chelshit ni tau ke UEFA CL tu hape??)

dulu-dulu jer kuat pon, dapat gak 87 points, 2nd dalam liga mase musim 2008/2009(btol kan?)

loserfool??loser ni jugak yang tapau Man Utd 1-4,loser ni jugak yang "ended the winning streak of Chelshit, and loser ni jugak yang produce 5 game dalam senarai top 10 greatest game ever of UEFA CL.

so, persetankan semua pendapat mereka yang baru nak kenal bola..kerana sejarah pasti berulang kembali..
haha..
You'll Never Walk Alone!!

hehe..sijil Liverpool mase pisah ngan Everton (1982)
[ape kaitan??]

bagi aku, liverpool semkain hebat, walaupun dengan pemergian Mascherano, Xabi Alonso, Keane (ade hasil ker?), Crouch..n beberape lagi pemain berbakat yang lain..

 "liverpool built by shanklys, ruined by yankees!!"


*P/s : kalo tak puas ati, jom r men futsal..haha!!


Wednesday, September 1, 2010

BISNES???

rm20segera.com....

aku pon tak sure mende ni hape??
kalo ade yg tau boleh la bagi tunjuk ajar yang lebih tepat dan ringkas..

member aku yg bgtau, n suh aku post kan link die..

kalo ade yg nak try, tekan la link ni..

sekian terima kasih..

*p/s : jgn mare :D

Sunday, August 22, 2010

Umur wanita

intro: umur wanita ngan umur lelaki adalah berbeza. bagi aku la. dan aku rase itu memang benar, kerana, wanita mungkin lebih matang daripada lelaki yang sebaya dengannya. sebagai contoh, lelaki mencapai tahap akil baligh lebih lewat dari wanita. dan itu menunjukkan wanita mencapai tahap matang lebih awal dari lelaki.
disini sedikit info pasal akil baligh :

Definisi
Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak kanak ke seorang dewasa.
Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.
Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :
• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar
(testis)
• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut
serta suara yang lebih garau
• Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.

Untuk perempuan :
• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta
punggung membesar
• Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda
akil baligh.
* from website Gov.
[*p/s : okey, ni xde kaitan ngan entry! haha..sorry..intro panjang ker?]

-----------------------------
cite pasal umur wanita tadi kan..hehe..

  • 17 tahun : Tahap usia yang kejenyer nak memberontak jer..Biasanya, seseorg wanita tu akan tolak sekeras-kerasnye kalau ade pape yg tak kene ngan keinginan mereka.
  • 27 tahun : Usia palaing lemah sebab tengah berjuang nak kejar karier idaman. Waktu yg sesuai untuk cari teman hidup, dan jadi wanita yang berdikari.
  • 37 tahun : Waktu nih, wanita ni mudah putus asa (e.g : semakin kurang subur,sedangkan ramai tanye "bila nak dapat anak??")
  • 42 tahun : Waktu yang ramai wanita tampil dengan pakaian menjolok mata  menarik. waktu yang dianggap sesuai kerana tak tua dan tak muda, time ni jugak biasanya, kepercayaan dir ataupun bak kate omputeh, self esteem yang tinggi.
  • 50 tahun : Krisis! hohoho..ramai yang mengalami waktu sukar (e.g : cerai, suami main kayu tiga)
  • 72 tahun : Relax time! santai, hidup layan blues..berkebun dan sebagainya..xde lagi dah mende yang rumit.
  • 86 tahun : Waktu untuk menikmati seks sekadar ada. [huh!!apekah??]time ni da tak kisah da, even 30seconds skali pon..haha!!
*di petik dari "Nurani Lelaki/Utusan Malaysia (khamis 5 Ogos 2010)"

*p/s : aku jumpe dalam paper yang buat alas makanan tadik..ahaks!

Saturday, August 21, 2010

futsal, puasa dan sahur..

huu..setelah sekian lame tak main futsal..akhirnya..sempat gak menyepak bola futsal barang sejam dua mlm tadi..ahaks!!

mende tak plan pon..hish..saje jer sebut2 lepas buke tadik.."da lame tak main futsal nih..xde sesape yg berani nak challenge ker?" kata aku dengan angkuh!

dan-dan..pas terawikh, ade pelawaan futsal yg tak disangka-sangka..haha!tapi..kat wangsa maju kot..main pkul 1..
hah!!sangap punyer pasal, redahkan ajer!

cite bab main futsal..mmg best..best tang main..tang cite nyer tak tau la..[amek ko, pening nak paham~]..main 4team, 2 gol tuka team, king stay..hah!

1st game, tak sampai pon sepuluh minit rasenyer..2nd game pon begitu la jugak..he..tak de la handal mane kteorg nih..tapi..ha...masuk 3rd game..kental abis..haha..stay duk lam court lawan 3 team..part yg paling best, team yg ke 3 tuh, slamber layan hampir sejam..xdapat gak gol 2 bijik..hohoh..bebulu ler brader2 yg lepak tunggu kat lua..haha
siap tukar keeper lagi tuh..aku sampai tak cukup nafas! haha..pastu kene bahan ngan pizi n apis..siot tol korang! bila da tak larat nak berlari..aku turun ler main keeper..huh~lepas bertahun meinggalkan profession goal keeper nih, aku dengan rela hati nye mengeluarkan skill2 yg ade..haha..(tu yg stay sampai sejam lam court tuh!)..haha..bangga jap!
setelah masing2 dah mencungap untuk mengembalikan hutang oksigen, aku pon saje la lepaskan gol ke-2 (ayat tak nak kalah!), so, bely ler kua berehat..haha..tu la game last kteorg mlm tadi..masing2 muke puas..yeah..

mmg puas la dapat main tadi...lame gile da tak main futsal beb..haha..kasut pon masih cantek lagi..lom ade cacat cela dek kurangnya main futsal..meh, usha dlu kasut gua..

adiQuestra

bagi zoom sket die punyer ke-Questra-an die tuh..ntah hape yg Quest-nye tah~
tu, adiQuestra!


haha..gerak dr wangsa maju tadik, lam pkul 3.40 kot..(tak smpai pon pukul 4.00..haha!) smpai umah lam pkul 4.40 agaknye, menggelupur masak ngan housemate..diorg yg masak, aku basuh inggan jer..di sebabkan oleh ke-menggelupuran tuh, sempat ler jugak bersahur..hoho..

simple beb, ayam goreng kunyit, nasik puteh, kicap! terbaek!! gamba makanan tersebut tak sempat nak snap sbb takot tgh2 makan, azan bunyik..hehe..

huh..bab azan subuh ni plak, 1st sahur hari tu, gua ngan housemate ngah layan makan, leh plak bunyi azan...tgk jam baru 5.15a.m. memasing da berkerut dahi da..pekejadah sume nih?jam dinding salah ker?jam pc pon salah?makanan bnyk lagi nih..adoi..tapi wat kental jer..caye ngan jam kami!haha~

setelah disiasat, baru ler aku tau..azan tu untuk kejut org sahur..huuu..adoi..ade jugak camtu?
maklum ler..kat tempat aku dulu takde..haha! 1st time aku dengar tuh..(padahal da 3 tahun duk shah alam).

Friday, August 20, 2010

Nuffnang

nuffnang..hoho..apekah itu nuffnang??

aku pon tatau kejadah ape mende nuffnang nih, tapi semua blog yg aku masuk..semua yg dimiliki oleh rakyat malaysia, mesti ade nuffnang nih..

hehe..even aku baru lam dunia tanpa sempadan nih, aku nk gak buat kejadah nuffnang ni ye tak??cam best jek..hahah!

so, aku pon berniat nak buat....ade la dlm seminggu ke 2 minggu lepas ntah..bace pape yg patot kt website nuffnang, tgk diorg punyer misi, visi dan target..kedajah ape sume aku bace..baru la ku tau..syarikat pengiklanan dalam belog..sambil boleh membuat duit bersama mereka~
huhuh..bunyi cam best jer buat duit, hah! pikir2 balik, mampu ke blog aku nih?haha..bia jer la dulu..mmg tak mampu kot..

nak dijadikan cite..lepas selesai bace terms & conditions..registeration n installation nuffnang adv kat blog aku, aku pon usha..huh??camtu jer letak iklan..heheh..
bia ler..tak kaco post aku pon..

kini..selapas 2minggu kot, aku wat kejadah nuffnag nih, aku tgk ler hasilnyer..sepeti yg dijangka..xde hasil..hikhik :D

xde la kecewa sgt, tapi kecewa tu ade gak la..haha! cane nak advertisekan blog? hoh! aku masih memikirkan, patut ker aku sebarkan blog nih?
[*mintak pendapat sket*].

hehe..tapi ade satu perkara yg menarik minat aku untuk menaip entry kali ini...pasal nuffnang nih~aku ade SATU unique visitor dr USA???
hoh! excited gile!
hahaha! [so, kalo korg yg popular bace blog ni tak yah gelakkan aku, aku baru nak merasa nih!]

hoho..satu tu pon da 25%..haha..jgn gelak..aku sorg jer boleh gelak!
income nuffnang pon stkt ni rm0.00 lagi..hehe..xpe la..blog ni pon aku rase blom matang lagi nak di komersial-kan..haha..
kang org bukak nak bace info, tapi xde info watpe ye tak??
nak sebar kt rakan??hmm...diorg layan ke bace blog?haha
gelakkan aku de la jap gi..

anyway..thanks to nuffnang..semoga para bloggers malaysia mampu mencari makan hasil inisiatif anda!!

*p/s : bile la aku nak sampai tahap cari makan ngan blog??haha!

Wednesday, August 18, 2010

Young Boys Bern

huh..org suh tido, aku pi tgk game..haha..

tapi best gak ler..tgk game sambil chatting ngan fan all over the world..hoho...ramai yg sokong Spurs, oleh kerana aku ni penyokong Liverpool, aku sokong ler team EPL gak..hoho..

mmg laju ler YBB main..counter attack diorg..terbaik..
haha..

aku tgk live stream kat sini ler tadik..

haha..jmpe lagi..slamat bersahur..
adios!

*p/s : Liverpool da menang Uefa CL tu 5 kali ye..haha!

Milner ke Man City!!

haha..update sket cite bola!

Info dari soccernet!!

Kajian orang~

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat,

hehe..senarai kat atas tu merupakan sifat2 anak yang lahir pada bulan oktober..tu sume bukanlah kajian aku sendiri, tapi hasil kajian Datuk Dr Fadzillah Kamsah.

huh!!salute tol aku ngan hasil kajian Datuk nih..tepat! bak kate org kene setepek atas dahi..haha!

tak dapat aku nafikan even satu sifat sekali pon..mmg semua ade pada aku..
so, kepada para pembaca (bajet cam ramai jer org nak bace belog nih) yg rase2 nak kenal org2 yang lahir bulan oktober, boleh la wat rujukan dengan hasil kajian Datuk..

hee..ape bende sebenarnyer post aku nih? haha..anyway, kepada sesiapa yang dah terbaca, amik la pedoman..hehe, aku rase ade la input, mungkin sikit, tapi memadai untuk aku sebarkan..kan??

nak cite lagi..haha

petang tadi aku pegi bazar ramadhan, kat food court flat pkns sekyen 7 shah alam, dak2 shah alam kompem tau kat mane..

seperti biasa, pegi bazar ketika nafsu makan membuak2..hoho! macam nak angkut jer sume makanan yg ade kat bazar tu, bawak balik umah..tapi sabar..kite kene kawal nafsu..
kadang-kadang, saje jer nafsu tu suh beli mcm2..alih2 tak abis pon makan..(kueh beli tadi pon tak abis lagik..haha!)

berbalik kita kepada hasil kajian Datuk tadi [mcm penceramah bebas tak?] aku nak sentuh bab boros tu..hoho..sgt terasa keborosan aku yang agak melampau..hahaha..tadi jer pon da abis rm16 (nam blas hinggit) mase g bazar..
sekali sekala rase cam nak berjimat..da jimat cermat..duit abis gak..sebab ape ek?
hohoho..apis cakap sbb beli rokok~ngiah~ camne nak benti rokok mase bulan pose??
[teteibe rase sengal, tanye jawab sendirik]

hehe..aku rase dah bertahun2 aku berazam nak benti merokok..haha!!
tapi hasilnye same jer..tak benti gak..

*p/s : aku nak wat entri pasal kajian tu jer tadi..sorry ler termelalut plak~
adios!

Monday, August 16, 2010

heh~what a mess???

hohoh..terlajak perahu boleh di undur..terlajak tido?apekah??

bngun jer arini..cam terpikir input utk belog nih..hahaha..
kalo input utk study xpe gak..heh~

aku rase cam menarik jer nak wat entry pasal asal-usul gemencheh..
huhuh..

anyway..tu dlm plan lagik..so..tunggu jer la..
haha..

kalo jadi ade la..

adios~

tgk bola sambil .........

hoho...gelak dulu sblm bercerita..hehe..

start aktiviti mlm tadi dgn berbuke pose bersama cik farah kat kedai kopi dkt ngan tasik shah alam..
makan nasik minyak lauk daging bakar n kuah campur..best gak ler..hehehe

balik rumah..maghrib n so on..

pukul 10.30 p.m g kua tgk bola kt restoran hakim..huhu..
ramai gak org tgk bola..konpius gak, fan liver ke arsenal yg ramai??
lbey kurang jer..huhu

layan punyer layan..dapat tgk gol sebijik..Ngog wat gol..hoho..riang hati ku berbunga riang..

baru nak rase the 2000th league victory..bley plak reina wat klaka..
hah! 1-1, 2 gol pemain liverpool yg sumbat..huhu

layan jer la...

hehe..anyway..bg aku, game td agak menarik la kalau nak banding ngan recent game from the last seasons..pemain baru pon main dgn menarik..jova..joe..tapi malang, joe cole kene straight red..
ntah..rase cam referee bias, tp...bia ler..adat game ye tak??

Bill Shankly penah cakap "referee knows the rule but they do not know the game"

hehehe..ntah..tapi mlm ni agak happy..hohoh..
hoyeah~

chalow..

Sunday, August 15, 2010

Puasa yg kurang gembira

dah 5 hari kite berpuasa, dan belum sehari pon aku balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga.
bukan aku tak nak balik..tapi aku tak dapat nak balik disebabkan tuntutan kelas ganti yang ada..huhu..

hmm...tapi tu la..bila aku tak balik, aku dah di"cop" mementingkan awek drpd family..apekah??

"agak2 r brader..guwa tak balik sbb kelas, awek gua pon xde ngan guwa weekend nih! apahal nk tuduh2??"

tapi tu aku cakap lam hati jer la..hihi..takkan nk gebang ngan bapak aku camtu lakkan? gila ka?

hah!! ape la nk jadi..aku buat sume salah..tapi bile pikirkan balik, mmg aku selalu bersalah..hoho

tu la..org lain sebaya ngan aku dah membina kelurga da pon...dah ade kerja yg mantap..hidup yang terjamin...aku? masih terhuyung-hayang mencari arah tuju...

situasi aku skrg pon mcm sabut mase banjir..(btolkah peribahasa aku nih??) ye la..sabut kalo mase banjirkan hanyut jer..timbul..tapi hanyut..nampak cam leh survive, tapi kene ikot arus banjir..haha..hantam saje la..

balik raya pulak, de la lagi 3 minggu..camne nak balik?aku nak kene siapkan fyp n design projek..hoho..mcm bnyk lagi jer nak kene setel..bile la boleh siap nih..

keje banyak, tapi nk buat tak reti. n kalo buat pon slow nak mampos!!
tetibe terpikir.."aku salah pilih course ker?"

hakhak..dah nak abis baru nak pikir gitu..tinggal lagi 4 paper jer bro!!keep it up..don't give up!![motivasi diri sekali-skala]

hehehe..panjang plak aku tulis..hihi

as usual, tak expect pon ade org nak bace..so..paling tidak pon, apis jer la yg akan bace..ahaks!

*p/s : sape la yg mampu nak motivate-kan diri aku balik nih??

Thursday, August 5, 2010

sakit hati

kenapa hati perlu sakit?
kenapa susah sangat orang lain nak jaga hati aku?
aku rasa, aku sendiri bersusah payah nak jaga hati orang lain.

Friday, May 7, 2010

salam buat semua

memula skali..
salam pembuka bicara...
aku bukan lah si petah berbicara..
bukan juga si cendiakawan menulis..
sekadar nak cuba try test jer...

hehe..

sekian~